
Sia (empat kiri) menyerahkan penajaan kepada Chai (tiga kanan) sambil disaksikan (dari kiri) Tan, Jimmy Chia, Chia Chew Boon, Sia Kie Yew dan Senorita (kanan).
KUCHING: Orang ramai dijemput menyertai kempen derma darah yang akan diadakan pada 30 November ini (Sabtu) di Summer Mall Kota Samarahan.
Pengerusi penganjur Connie Tan berkata kempen anjuran bersama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Samarahan dan Persatuan Suku Xie Kuching (Kuching Xie Clan) itu akan bermula dari 10 pagi hingga 2 petang dan merupakan projek ‘Derma Darah, Selamatkan Nyawa’.
“Sepanjang kempen menderma darah dan kesedaran menderma organ oleh Bank Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) ini, pemeriksaan kesihatan percuma juga diadakan,” kata Tan.
Pada Isnin, Persatuan Kuching Xie Clan selaku penaja utama menyerahkan penajaan kepada Pengerusi BSMM Samarahan Chai Chon Hon.
Penajaan itu telah disampaikan oleh timbalan bendaharinya Sia Kung Kian dalam satu majlis ringkas di sini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi BSMM Samarahan Jimmy Chia, Timbalan Pengerusi Persatuan Suku Xie Kuching Chia Chew Boon, Bendahari Persatuan Suku Xie Kuching Sia Kie Yew dan ahli BSMM Samarahan Senorita Manggi.
Source: https://www.utusanborneo.com.my/2024/11/05/sertai-kempen-derma-darah-di-summer-mall-kota-samarahan