Friday, March 31, 2023
 

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐄𝐦𝐚𝐫𝐭 𝐒𝐮𝐦𝐦𝐞𝐫 𝐌𝐚𝐥𝐥

Apr 25, 2022

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐄𝐦𝐚𝐫𝐭 𝐒𝐮𝐦𝐦𝐞𝐫 𝐌𝐚𝐥𝐥 berlangsung pagi ini dengan 𝟏𝟏𝟎 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 sempena 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗠𝘂𝗯𝗮𝗿𝗮𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟮.
Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah wakil Premier Sarawak diiringi oleh YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, Ahli Parlimen Kota Samarahan.
Pihak pengurusan Summer Mall dan Emart menyambut baik program ini dalam menyumbangkan keperluan akses kepada golongan keluarga ibu tunggal, OKU, anak yatim dan isi rumah B40 yang memerlukan.
Program ini juga memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran dengan memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan serta barangan pakaian agar meringankan bebanan, memberi manfaat, dan kesejahteraan kepada komuniti tertentu.
Komuniti yang menerima: Rumah Seri Kenanga Kuching, Kompleks Kebajikan Laila Taib (Peryatim), The Salvation Army Boys Home, Sarawak Association For The Welfare of Intellectually Disable Children (PERKATA), The Sarawak Cheshire Home, Sarawak Children’s Cancer Society dan SJK (C) Chung Hua Sg Jernang, Kota Samarahan.
Terima kasih kepada semua pihak yang sempat meluangkan masa bagi menjayakan majlis tersebut.